Sunday, July 10, 2011

Apa itu VCO?


VCO ialah Virgin Coconut Oil iaitu minyak kelapa dara.
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yg diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Pakar-pakar merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia, sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang baik. Mereka juga didapati tidak mengalami sebarang penyakit kronik sperti jantung dan kanser.

VCO ni boleh diambil melalui 2 cara iaitu makan atau sapu.
selain daripada makan, sekiranya anda mengalami masalah jerawat dan parut pada kulit muka, boleh sapu minyak kelapa dara ni dengan mencucuk jarum yang tajam pada kapsul vco dan sapu minyak ke muka. Kalau nak jimat cucuk sikit, sapu ke bahagian yang bermasalah. Selebihnya, makanlah.

No comments:

Post a Comment