Tuesday, August 2, 2011

Jadikan Minyak Kelapa Dara (VCO) berkesan untuk anda..

Jadikan Minyak Kelapa Dara berkesan untuk anda 
(bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik) 

Minyak kelapa dara ialah satu anugerah istimewa dari alam semulajadi. Anugerah luar biasa yang ia boleh lakukan boleh disamakan dengan suatu keajaiban. Tetapi kesihatan holistik tidak boleh dicapai dengan mengambil minyak kelapa dara sahaja. Niat kita untuk mencapai kesihatan menyeluruh hendaklah melihat minyak kelapa dara sebagai satu cara yang berkesan tetapi bukan satu-satunya cara untuk mencapai gol.

Ia satu kebenaran yang menyedihkan tetapi bukan semua orang yang menggunakan minyak kelapa dara megalami perubahan positif dalam kesihatan mereka. Yang lain sama sekali akan cepat mengadili yang minyak kelapa tidak begitu sihat seperti yang dinyatakan. Tetapi sekiranya kita melihat dengan lebih dekat, sikap dan gaya hidup individu-individu inilah yang mendedahkan bahawa tiada ubat-ubatan atau rawatan yang boleh membuatkan mereka sihat. Untuk memanfaatkan diri daripada khasiat-khasiat penyembuhan minyak kelapa dara, kita hendaklah mengambil kira beberapa faktor penting seperti:- 

** Buat ia sebahagian daripada amalan harian anda

Penggunaan tetap minyak kelapa dara adalah perlu. Ikuti dos yang disyorkan secara tetap. Begitu ramai yang mencuba menggunakan minyak kelapa dara untuk beberapa hari dan akhirnya hilang sabar dan berputus asa setelah mereka gagal untuk melihat hasil segera. Beri minyak kelapa dara masa yang mencukupi untuk menyembuhkan anda. Penyembuhan dan rawatan sebenar mengambil sedikit masa.

** Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan

Jika anda menggunakan minyak kelapa dara tetapi tetap meneruskan tabiat lama anda dengan makanan yang manis, gula-gula, dan makanan berlemak, anda masih akan mendapat semua jenis penyakit-penyakit mengancam nyawa. Adalah baik sekiranya anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan bazirkan usaha anda yang mengambil minyak kelapa dara untuk mendapatkan badan yang sihatsedangkan anda masih mengamalkan tabiat makan makanan yang tidak menyihatkan. Maka elakkan makan makanan yang akan meningkatkan risiko anda mendapat penyakit.
Sayur-sayuran segar 
Buah-buahan segar

** Hidup Secara Bersih

Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol anda. Hapuskan semua tabiat buruk dan jalani kehidupan yang sederhana. Pilih kegiatan masa lapang yang rileks dan yang merangsang fikiran dan badan.


Minyak kelapa dara ialah satu hadiah dan suatu keajaiban tetapi ia hanya akan mendedahkan keajaibannya bagi mereka yang berhak. Ikuti peraturan-peraturan di atas dan gabungkan ia dengan penggunaan minyak kelapa dara. Kebahagiaan dan kesihatan akan menjadi milik anda dengan sekelip mata.


**nak copy or nak share my entry?**
please mintak izin dulu k... x susah pun.. =D
then credit to my blog k..
-damiacatalystmiri-

No comments:

Post a Comment