Sunday, August 7, 2011

VCO.. Versatile Beauty Product

Memang tidak boleh disangkal bahawa wanita amat mementingkan kecantikan luaran serta kesihatan dalaman mereka.. Wanita sering mencari produk kecantikan dan kesihatan yang berkesan di pasaran untuk mencapai keinginan mereka. Kesedaran dikalangan wanita kini lebih terjurus kepada produk yang dihasilkan daripada bahan semula jadi tanpa memerlukan pembedahan dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan pengguna..



Salah satu produk yang berasaskan alam semulajadi tanpa bahan kimia ialah Minyak Kelapa Dara (VCO). 



VCO sebagai Peralatan Kecantikan

**Adakah kulit anda mempunyai masalah kulit kering dan menggerutu yang sentiasa memerlukan pelembap? Gunakan VCO bagi tujuan melembut dan melembap masalah kulit anda. 

**Atau mungkinkah anda pernah berfikir untuk mencari satu cara mudah bagi mengatasi masalah rambut anda yang tidak bermaya dan kering. 
Usap VCO suam dirambut anda untuk beberapa minit seperti rawatan minyak panas. Rambut anda akan lebih bermaya dan lembut seperti sutera.


Selain daripada menjadi losyen badan dan perapi rambut, VCO boleh juga digunakan sebagai 

Salap bibir 
Gambar hiasan: Lip Balm



Deodorant
Gambar Hiasan: Deodorant

Pembersih mekap
Gambar Hiasan: Pembersih Makeup


Minyak kutikel
Gambar Hiasan: Masalah Kutikel

 Wrinkles Remover
Gambar Hiasan:Wrinkle Remover


Ubat Jerawat Batu
Gambar Hiasan: Acne Treatment Gel



Skrub muka atau kaki
Gambar Hiasan: Skrub Kaki

Anda boleh campur beberapa titisan lemon dan VCO untuk menghasilkan skrub muka semula jadi. 

VCO dapat dipertimbangkan sebagai satu produk kecantikan yang lengkap dalam satu botol.

Penggunaan VCO berbanding dengan produk kecantikan lain adalah ia lebih baik berbanding produk kecantikan lain, ia tidak berbau, semula jadi dan mempunyai muatan berguna yang akan memberi manfaat dalam jangka panjang. Minyak kelapa dara diketahui mempunyai antioksidan dan ciri-ciri antimikrob yang menyimpan sel-sel sihat dan mencegah jangkitan dan penyakit kulit.


**nak copy or nak share my entry?**
please mintak izin dulu k... x susah pun.. =D
then credit to my blog k..
-damiacatalystmiri-

1 comment:

  1. salam.. sis, kmk copy entry ktk k kmk baca2.. thanks

    ReplyDelete